Shafie Apdal Diberi Seminggu Beri Penjelasan Isu Skandal Dengan Zahida Rafik
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal mempunyai masa kurang tujuh hari dari sekarang untuk memberi penjelasan mengenai skandal membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang pelakon wanita popular dalam tempoh empat bulan ‘hubungan intim’ mereka.
Zahida Rafik & Shafie Apdal ada skandal |
“Kami sudah bersedia dengan segala bukti untuk mengheret beliau ke SPRM. Pemberi maklumat juga bersedia tampil untuk menjadi saksi. Kami akan dedahkan perkara ini secara berperingkat-peringkat. Sekarang ini kami tunggu penjelasan daripada beliau (Shafie Apdal),” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily hari ini.
18 April lalu, Ahli Parlimen Ampang itu mendedahkan Shafie memberikan hampir RM1.5 juta kepada pelakon terkenal Zahida Rafik dalam tempoh empat bulan.
Transaksi itu berlaku pada bulan Oktober 2011 iaitu RM36,000 dan RM26,000, November 2011 (RM118,000), Disember (RM333,000) dan Januari 2012 (RM510,000)
Bukan itu sahaja, beliau turut mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.
Dalam pada itu, Zuraida sekali lagi menegaskan tidak mahu masuk campur mengenai hubungan intim mereka tetapi mahu menteri berkenaan tampil memberi penjelasan daripada manakah sumber kewangan untuk ‘membiayai’ seorang artis terkenal.
“Sebagai menteri beliau harus bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya.
Untuk memperbaiki dan mengembangkan blog ini menjadi lebih baik, mari bersama - sama kita bangun, caranya? Apabila kamu menemukan link yang mati/sudah tidak berfungsi atau gambar yang sudah tidak muncul/expire, silahkan hubungi kami disini. Laporan anda sangat berpengaruh pada perkembangan blog ini.Tanks atas perhatiannya
GET UPDATE VIA EMAIL
Dapatkan kiriman artikel yang terbaru
Dari Kami langsung ke email anda!
Dari Kami langsung ke email anda!
0 komentar:
Posting Komentar