Linfen merupakan antara bandar yang tercemar didunia. Dipenuhi dengan asap dan debu tempat ini bukanlah pilihan untuk orang menetap. Seramai tiga juta penduduk disini terdedah dengan keracunan air beracun yang dipenuhi dengan kandungan arsenic yang amat tinggi. Seluruh tempat disini mengeluarkan asap dan ramai penduduk disini terdedah dengan kanser.
Mogadishu, Somalia
Mogadishu, bekas sebuah pelabuhan yang maju telah menyaksikan perebutan 17 tahun antara kem tentera sejak kejatuhan kerajaan pada tahun 1991. Ia bertukar menjadi bandar yang paling huru-hara dan bandar anarki dalam dunia, yang dipenuhi dengan kekacauan dan pemberontakan sivil. Hanya baru-baru ini, kerajaan persekutuan yang baru telah mengambil tampuk kawalan dan cuba lagi untuk mewujudkan semula undang-undang dan ketenteraman.
Dharavi in Mumbai, India
Dharavi adalah kawasan setinggan yang paling sesak di Asia. Kos bagi sewa di kawasan ini adalah kira-kira RM 11 untuk sebulan. Namun begitu, amatlah sukar untuk mempercayai yang jumlah bersih pendapatan penduduk disini hampir-hampir berjumlah 650 juta USD setahun.
Rocinha – Rio de Janeiro, Brazil
Kawasan setinggan yang terletak di Rocinha, Brazil ini kelihatan lebih moden berbanding di Dharavi. Walaupun kelihatan biasa namun tempat ini amatlah bahaya untuk diduduki. Ini kerana tempat ini dipenuhi dengan pengedar dadah dan penuh dengan keganasan. Tidak cukup dengan itu, tempat ini juga terdedah dengan banjir dan tanah runtuh.
Kibera in Nairobi, Kenya
Kibera yang bermaksud hutan ini merupakan tempat tinggal lebih sejuta penduduk Kenya. Tempat ini dipenuhi dengan sampah dan sering kali tempat ini digelar 'hutan sampah'. Apa yang membuatkan tempat ini menjadi teruk adalah kekurangan bekalan air dan elektrik, juga penuh dengan penyakit yang tidak terkawal terutama sakali penyakit AIDS.
sumber epic scene
Untuk memperbaiki dan mengembangkan blog ini menjadi lebih baik, mari bersama - sama kita bangun, caranya? Apabila kamu menemukan link yang mati/sudah tidak berfungsi atau gambar yang sudah tidak muncul/expire, silahkan hubungi kami disini. Laporan anda sangat berpengaruh pada perkembangan blog ini.Tanks atas perhatiannya
GET UPDATE VIA EMAIL
Dapatkan kiriman artikel yang terbaru
Dari Kami langsung ke email anda!
Dari Kami langsung ke email anda!
0 komentar:
Posting Komentar