Lain pula cerita daripada pihak Lufya yang menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat atau maksud untuk mengaibkan Zarina Anjoulie seperti yang didakwa oleh pelakon sensasi tersebut di laman Twitter peribadinya.
Bagi mendapatkan cerita dan kisah sebenar mengapa perkara berkenaan boleh tercetus, murai.com menghubungi sendiri Lufya untuk mendapatkan komen beliau mengenai perkara yang kini panas juga kutukan yang dilemparkan kepadanya.
“Saya tidak ada maksud mahu menjatuhkan Zarina tetapi saya hanya mahu orang ramai tahu Lufya dan Zarina adalah dua individu berbeza.
Saya tidak ada niat untuk mengaibkan mana-mana pihak. Kerana bukan sekali dua saya dimalukan di tempat terbuka dan saya tidak tahu menahu mengenai hal tersebut. Seperti kejadian di The Curve, saya diraba dan individu tersebut menyebut nama Anju. Mujurlah ketika itu tidak ada orang yang lalu lalang.
Hal sebegini membuatkan saya mahu tampil menjelaskan keadaan sebenar tetapi saya tidak menyangka begini pula jadinya,” ujar Lufya yang kecewa niat baiknya disalah ertikan.
Lufya juga diajukan soalan mengenai kenyataan Zarina yang memalukannya dan dia menggangap perkara itu sebagai bahan jenaka yang tidak masuk akal.
“Saya tidak peduli jika dia mahu mengutuk saya atau meletak gambar menunjukkan ketiak yang basah di Internet kerana itu sungguh tidak profesional dan kelakar.
Untuk memperbaiki dan mengembangkan blog ini menjadi lebih baik, mari bersama - sama kita bangun, caranya? Apabila kamu menemukan link yang mati/sudah tidak berfungsi atau gambar yang sudah tidak muncul/expire, silahkan hubungi kami disini. Laporan anda sangat berpengaruh pada perkembangan blog ini.Tanks atas perhatiannya
GET UPDATE VIA EMAIL
Dapatkan kiriman artikel yang terbaru
Dari Kami langsung ke email anda!
Dari Kami langsung ke email anda!
0 komentar:
Posting Komentar